Cart 0

BAGAIMANA NAK TAHU JIKA SESUATU PRODUK ITU BETUL-BETUL NATURAL DAN ORGANIK?

Seronok bila ramai yang da berminat ke arah produk yang natural dan organic. Bila tahu produk tu natural dan organic, mesti rasa selamat bila pakai kan? Tak risau jika ada bahan kimia yang merbahaya dan boleh memudaratkan jika pakai produk natural.

Tapi ramai juga yang claim product mereka natural dan organic tapi SEBENARNYA produk tersebut TAK ORGANIC DAN NATURAL PUN?

Untuk melabelkan produk sebagai NATURAL DAN ORGANIK kosmetik :
1) Dalam formula produk tersebut, minimum 95% daripada bahan adalah berasal daripada tumbuhan 
2) Minimum 10% daripada berat kesemua bahan datang dari ladang organik.

Untuk melabelkan produk sebagai NATURAL kosmetik :
1) Dalam formula produk tersebut, minimum 50% daripada bahan adalah berasal daripada tumbuhan. 
2) Minimum 5% daripada berat kesemua bahan datang dari ladang organik.

Sesetengah bahan yang biasanya digunakan dalam kosmetik seperti AIR, GARAM DAN MINERAL TIDAK BOLEH dilabelkan sebagai ORGANIK kerana bahan tersebut bukannya berasal daripada ladang.

Sebagai contoh, syampu dan beberapa cream, kebanyakannya terdiri daripada air, mengandungi antara 10% dan 40% bahan organik, dan 95% bahan semulajadi. Essential oil, yang tidak mengandungi air, boleh mencapai 100% bahan organik

ECOCERT adalah badan persijilan yang pertama untuk membangunkan piawaian untuk "kosmetik semula jadi dan organik". Jadi kalau nak tahu sama ada product tersebut betul-betul organic, pastikan bahannya mempunya sijil dari eco-cert. Boleh check it out website eco-cert. http://www.ecocert.com/

So lepas ni kalau ada orang kata produk dia organic, tanya dia 10% dari bahan-bahan tu datang dari ladang organik tak? :p



Older post