Cart 0

Jom belajar buat sabun dan bedak untuk anak-anak

Simple and Safe Workshop Series : All Hail to Kids adalah workshop series untuk mendedahkan kanak-kanak dari usia muda mengenali bahan-bahan kimia dalam kehidupan sekeliling. 

Workshop ini akan dikendalikan secara hands-on dan anak anda akan belajar dan buat sendiri bedak dan bedak yang mereka. Pasti anak-anak teruja bila dapat dan pakai sabun buatan sendiri kan?

Inilah juga masanya juga untuk sesi bonding ibu dan ayah bersama anak-anak. Wah rasa tak sabar tengok muka teruja anak-anak excited dengan sabun DIY sendiri.


Apa yang anak-anak anda akan belajar semasa workshop ini?

1) Baca dan kenali bahan selamat dan tidak selamat dalam sesuatu produk

2) Belajar bagaimana membuat sabun DINOSAUR ! RAWR! Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sabun adalah daripada bahan-bahan organik yang akan disediakan oleh pihak penganjur dan kemudian kita akan letakkan dinosaur dalam sabun tersebut. Bila sabun da habis, dapatlah dinosaur tu balik. Hehe.

3) Bedak baby. Ya bedak baby yang budak-budak suka main dan tabur tu. Tapi yang pasti bedak organik yang anak anda akan buat adalah selamat dan bebas talc seperti kebanyakan di pasaran.


Menarik kan?

Berapa harga tiket untuk join program ni? Hanya RM25 sahaja untuk join program best untuk anak anda dan bawa pulang bedak dan sabun DIY anak-anak. Mesti anak bangga, gembira dan tak sabar time nak mandi nanti!

14 Jan, Ahad, Kidsbangi (Ostia Bangi), 2-3pm, Fees RM25.


Cara pantas untuk pembelian tiket?

Boleh beli tiket di http://www.sutrinamall.com/products/simple-and-safe-workshop---all-hail-to-kids


Good luck ibu ayah dan anak-anak!



Older post Newer post